Air sungai melimpah, banjir landa Phayao

Air sungai melimpah, banjir landa Phayao

PHAYAO: Hujan semalaman yang berterusan menyebabkan anak sungai Mae Ka Huai Khian melimpah di daerah Muang, awal pagi hari ini.

Situasi itu menyebabkan ramai penduduk terkandas di tingkat atas dan bumbung kediaman masing-masing, lapor Bangkok Post.

Media tempatan melaporkan tebing sungai itu pecah di kampung Ban Huai Khian di Mae Ka daerah Muang.

Paras banjir mencecah antara satu hingga dua meter, membanjiri banyak bangunan dan banyak kenderaan terperangkap.

Universiti Phayao adalah antara institusi yang ditenggelamkan air sehingga menyebabkan ramai pelajar melarikan diri dari asrama dan berlindung di atas bumbung.

Scroll to Top