Aina Abdul Impi Ke Anugerah Grammys – “Tak Salah Bermimpi Sejauh Itu, Bakinya Adalah Usaha” 

Aina Abdul Impi Ke Anugerah Grammys – “Tak Salah Bermimpi Sejauh Itu, Bakinya Adalah Usaha” 

Penyanyi terkenal, Aina Abdul berpendapat bahawa tidak salah sekiranya seseorang mempunyai impian besar untuk meraih anugerah terkemuka antarabangsa seperti Oscar.

Menerusi temu bual bersama Nona, pelantun lagu popular Terus Hidup ini menganggap impian itu perlulah seiring dengan usahanya demi menggapai anugerah tersebut.

“Tidak salah untuk kita berangan-angan atau bermimpi. Rezeki itu Allah SWT yang bagi, bukan manusia. Jadi beranganlah setinggi mana sekalipun, kalau yang beliau mahu berangan sampai ke tahap itu adalah perkara yang bagus.

“Sebab sekurangnya beliau ada angan-angan sejauh itu. Jadi, berbakinya adalah usaha kan,” katanya.

Sementara itu, Aina tidak menafikan dia mengimpikan untuk meraih anugerah muzik terkenal antarabangsa, Grammys.

“Kalau tanya saya nak pergi ‘Grammys’, sudah tentu saya mahukan tapi itu adalah satu cabaran untuk saya, macam mana nak menghala kerjaya kita ke arah sana tetapi pada saya tak salah untuk mempunyai impian yang besar,” ujarnya lagi.

Pada Jumaat lalu, Aina merangkul gelaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 36 (ABPBH 36) serta membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular buat kali kedua.

Artikel Berkaitan: 10 Tahun Dalam Industri, Aina Abdul ‘Gerun’ Genggam Trofi Bintang Paling Popular ABPBH36

Artikel Berkaitan: Tepati Ramalan, Aina Abdul Bergelar Bintang Paling Popular! Jom Semak Senarai Penuh Pemenang ABPBH 36

Sumber: Nona

Scroll to Top