Isteri kepada penyanyi Aiman Tino berkongsikan video menerima nota dan sejumlah wang yang ditinggalkan suaminya sebelum keluar memancing.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, surat yang ditinggalkan turut memberitahu wang tersebut adalah nafkah bulanan untuk isterinya, Che Syarah Haifa.
BACA: Aiman Tino Setiap Hari Nasihat Isteri Ubah Penampilan Seksi
@syereheife pi mancing buat orang touching pulak diani ? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp
Syarah dilihat sebak membaca nota tersebut apabila Aiman serta mendoakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia dan dikurniakan cahaya mata suatu hati nanti.
“Semoga kita kekal bahagia hingga syurga. Insya-Allah satu hari nanti kita akan dapat anak,”kata Syarah yang dilihat sebak.
Untuk rekod, Aiman Tino dan Syarah mendirikan rumah tangga pada April 2023.