Agong belum perkenan batal Ordinan Darurat

Agong belum perkenan batal Ordinan Darurat

saiful.haizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda mengesakan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top