Adira Suhaimi Tepis Dakwaan Tinggal Sebumbung Dengan Datuk Red

Adira Suhaimi Tepis Dakwaan Tinggal Sebumbung Dengan Datuk Red

“Kami memang selalu buat ‘live’ bersama, ada masa dia datang jenguk anak,” demikian respons penyanyi, Adira Suhaimi berhubung dakwaan tinggal sebumbung bersama bekas suami, usahawan Datuk Red.

Memetik laporan Berita Harian, Adira menjelaskan dia tinggal bersama kakak, dua abang dan kakak ipar dan ada kalanya Datuk Red atau nama penuhnya, Datuk Seri Adnan Abu datang ke rumah menjenguk anak.

“Status saya masih seorang ibu tunggal, Alhamdulillah. Saya tinggal bersama dengan kakak, dua abang dan kakak ipar.

“Jadi, saya tidak tinggal sebumbung dengan Adnan. Dalam rumah ini ada ramai orang, termasuk anak. Memang ramai dan selamat. Saya faham pandangan netizen.

“Kadang-kadang saya juga membantu Adnan berniaga di stor, tetapi orang ingat rumah. Kami di stor tempat simpan barang-barang. Anda semua kena tengok ‘live’ dari awal sampai habis barulah boleh bercakap,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Red meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Adira pada Aidilfitri tahun hadapan.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Artikel Berkaitan: Gimik Datuk Red Beri Cincin Kepada Adira Suhaimi Atas Pentas Bukan Ambil Kesempatan

Artikel Berkaitan: “Hanya Datuk Red Di Hati Saya” – Adira Suhaimi Tegaskan Datuk H Tak Wujud!

Artikel Berkaitan: “Ambillah Kesempatan Selagi Boleh” – 9 Tahun Adira Suhaimi Berdiam Diri, Tak Melawan… Status Terkini Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Suhaimi Buat Kejutan, Beli Kek Sambut Anniversary Adira Suhaimi & Datuk Red Dah 7 Hari Bercinta!

Sumber: Berita Harian

Scroll to Top