Bekas isteri pertama usahawan Datuk Red iaitu Syarifah Norshafila mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan pernah bercakaran dengan seseorang satu ketika dulu.
Difahamkan, kenyataan itu dimuat naik susulan kecoh isu pempengaruh Cik Epal bergaduh dengan bekas suami dan isterinya ketika mengambil barang.
“Bukan setakat cakar je, aku terajang sampai terpelanting”
Perkongsian Syarifah Norshafila disertakan dengan emoji ketawa dan kapsyen berbunyi, “Kan sis dah kata sis ada darah pahlawan.”

Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkan Adira sebagai individu terbabit.
“Bukan dengan saya” – Adira

Namun begitu, Adira yang juga pelantun lagu Ku Ada Kamu menegaskan dia langsung tidak tahu menahu mengenai hantaran tersebut dan menafikan dirinya merupakan wanita yang dimaksudkan oleh bekas madunya itu.
Saya tidak ambil tahu pun tentang posting dibuat olehnya. Tapi yang pasti orang dia pernah bercakaran itu bukan dengan saya. Kalau nak tahu jawapan mungkin boleh tanya pada tuan badan sendiri. Saya tak rasa (dia sindir saya), memang bukan saya.
Adira turut menegaskan dia seorang yang terbuka untuk berbaik dengan sesiapa sahaja yang mahu berbaik dengannya.
Dalam isu ini, Adira menyerahkan penjelasan kepada tuan punya badan sendiri dan menegaskan dirinya tidak terlibat.