Penyanyi, Adira Suhaimi tampil menjelaskan bahawa dia tidak rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red seperti yang didakwa segelintir pihak.
Datuk Red suka bergurau

Menurut laporan Harian Metro, Adira berkata yang bekas suaminya itu suka bergurau dan sering menjawab “ya” apabila ditanya soal rujuk dalam sesi siaran langsung di media sosial.
Datuk Red jenis suka bergurau, dia suka main cakap saja. Bila orang tanya dah rujuk ke, dia akan jawab ‘sudah’. Orang yang kenal dia, tahu perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami.
Adira Suhaimi belum fikir untuk berkahwin semula

Adira menegaskan bahawa dia belum terfikir untuk berkahwin semula buat masa ini dan selesa dengan kehidupannya sekarang.
Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya. Kalau ada jodoh, adalah… Kalau tiada pun tak mengapa.
#ApaKataOhmedia
Jangan mudah percaya dengan khabar angin! Kadang-kadang apa yang dikatakan di media sosial hanyalah gurauan. Yang penting, kita doakan yang terbaik untuk Adira dan anak-anaknya.
