Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin yang dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata dilaporkan telah meninggal dunia.
Menerusi laporan daripada Harian Metro, perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri.
Fahmi menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 malam tadi. Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). – Katanya
Sebelum ini, media melaporkan bahawa kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
BACA: “Dah Lama Kami Larang” – Anak Kritikal Selepas Tercekik Gula-Gula Gummy
Pada selalu lalu, adik Fahmi dilaporkan rebah ketika menghadiri sesi pembelajaran di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.
Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga adik Mohamad Fahmi Hafiz. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
