Ada Yang Siap Cium Dahi & Pipi, Minta Nombor Telefon Peribadi… Ayda Jebat Terkedu Dengan Ragam Peminat 

Ada Yang Siap Cium Dahi & Pipi, Minta Nombor Telefon Peribadi… Ayda Jebat Terkedu Dengan Ragam Peminat 

Penyanyi, Ayda Jebat mengakui terkedu dengan layanan dan cara pendekatan oleh segelintir peminat terhadapnya terutamanya ketika terserempak di luar.

Menerusi platform Threads, Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat, 32, berkongsi antara pengalaman peliknya ketika didekati peminat yang mahu bergambar, selain ada juga yang sewenangnya meminta nombor telefon peribadinya.

“Ragam orang lain-lain kan. Kebelakangan ini saya asyik terkedu bila keluar. Ada yang tepuk bahu dari belakang ‘nak gambar’.

“Ada abang yang terus depan muka ambil gambar muka saya saja lepastu cakap ‘ok dapat’. Ada makcik yang terus cium dahi, cium pipi, lepas jalan tak ada cakap apa terus gerak. Alhamdulillah, orang sayang… tapi..

“Semalam, ada makcik minta nombor telefon saya. Saya terkedu. Saya macam ‘biasanya saya tak bagi nombor saya dekat orang’. Dia kata ‘oh tapi okay je bagi la’.. lepastu apa perlu saya buat?,” katanya.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan peminat pelantun lagu Temberang ini.

Malah, ada juga yang menyarankan isteri kepada pelakon, Nabil Mahir ini mengambil khidmat pengawal peribadi bagi melindunginya serta mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: Kembali Dengan Lagu Rancak, Single ‘Memerang’ Tak Sesuai Dengan Status Ibu Anak 2? Ini Respons Ayda Jebat

Artikel Berkaitan: “Berdenyut Bekas Czer Tu, Terasa Sampai Sini”- Netizen Risau Tengok Aksi Ligat Ayda Jebat

Scroll to Top