“Ada Pula Jantan Yang Meroyan Dekat Sosial Media” – Michael Ang & Sharnaaz Ahmad Tegur Pempengaruh ‘Londeh’ Aib Isteri Depan Anak-Anak 

“Ada Pula Jantan Yang Meroyan Dekat Sosial Media” – Michael Ang & Sharnaaz Ahmad Tegur Pempengaruh ‘Londeh’ Aib Isteri Depan Anak-Anak 

“Dekat Malaysia ni kalau couple bercerai selalu perempuan yang meroyan”.

Demikian respons yang diberikan pelakon dan pengarah, Michael Ang terhadap isu pasangan yang sering melondehkan aib masing-masing di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Michael berkata, wujud pempengaruh yang juga merupakan seorang suami yang dilihat galak melondehkan aib pasanganya di media sosial.

“Setahu saya, dekat Malaysia ni kalau couple bercerai selalu perempuan yang meroyan gila-gila.  Ni sudah ada pula jantan yang meroyan dekat media sosial.  Memang dunia dah terbalik ni!

“One advice sebagai netizen kita enjoy semua ‘content’ meroyan dan bodoh tu. Tapi, untuk anak-anak awak dan ahli keluarga termasuklah rakan terdekat awak, saya pasti mereka akan rasa malu mungkin bukan hari ini tetapi masa hadapan kelak. So, pakai otak ya,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, pelakon Polis Evo iaitu Sharnaaz tampil memberikan pendapat menerusi ruangan balas hantaran berkenaan.

Katanya, dia tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang suka ‘melondehkan’ aib pasangan di hadapan kanak-kanak.

“Jangan sesekali bercakap buruk mengenai pasangan anda dihadapan anak-anak. Tidak sesekali. Kerana itu perbuatan budak sekolah,” kongsinya.

 

Scroll to Top