Ada Ke Kawasan Perumahan Dikelilingi Tumbuhan Hijau Tengah-Tengah KL? Hanya 5 KM Dari KLCC, Curvo Residences Menyediakan Kehidupan Lebih Harmoni | Oh! Media

Ada Ke Kawasan Perumahan Dikelilingi Tumbuhan Hijau Tengah-Tengah KL? Hanya 5 KM Dari KLCC, Curvo Residences Menyediakan Kehidupan Lebih Harmoni | Oh! Media

Banyaknya benda nak kena fikir kalau nak beli rumah ni kan? Lagi-lagi yang mencari rumah pertama! Kalau salah beli, memang menyesal tak habis! 

Sebab itulah kena cari rumah yang lengkap dengan kemudahan dan keselamatan, paling penting harga pun berbaloi. Kawasan pula, nak juga yang dikelilingi dengan keindahan alam barulah rasa nyaman je bila pulang ke rumah. Tapi mana nak cari perumahan macam ni dekat tengah Kuala Lumpur? 

Rumah Yang Dikelilingi Tumbuhan Hijau & Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan  

Eh, takkan la nak nak pergi beli barang dapur pun ambil masa sejam! Ha, tak mustahil tau. Ramai yang lebih memilih tinggal di kawasan luar bandar sebab inginkan ketenangan. 

Tidak dinafikan, tinggal di luar bandar ni lebih tenang berbanding mereka yang pilih untuk tinggal di kawasan bandar. Tapi, kemudahan seperti pasar raya, sekolah, hospital dan pengangkutan awam memang jauh dari tempat tinggal.  

Tapi jap, kenapa nak pilih salah satu kalau korang boleh dapatkan rumah di kawasan bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan paling best, korang masih dapat menikmati keindahan alam!  

Dekat mana lagi kalau bukan Curvo Residences! 

Dah tak perlu jauh-jauh! Terdapat pelbagai kemudahan di sekeliling seperti pengangkutan awam, iaitu LRT Wangsa Maju, LRT Sri Rampai, LRT Setiawangsa dan MRT Setapak yang akan tersedia tidak lama lagi.

Terdapat beberapa pusat membeli belah berdekatan iaitu, Setapak Central Mall, Wangsa Walk Mall, dan Melawati Mall.

Korang juga boleh pergi ke hospital berdekatan seperti, Columbia Asia Hospital, Hospital Kuala Lumpur, Hospital KPJ Tawakkal dan universiti, TARUMT. Ia juga berdekatan dengan Jalan Genting Klang, MRR2, DUKE, AKLEH!  

Paling best, Curvo Residences juga dilengkapi dengan pintu masuk boulevard eksklusif yang dihiasi dengan tumbuhan hijau sepanjang 200m! Uish, tenang sikit perjalanan balik rumah macam ni.

Kondominium Serasa Rumah Agam?  

Kondominium mewahKondominium mewah

Ish, beli mahal-mahal tapi sempit? Macam tak berbaloi je. 

Korang yang tingggal di kondominium mesti faham perasaan ni kan. Rumah sekarang ni dah la mahal, kecil pulak tu. Dah tambah perabot, kadang nak jalan pun tak ada ruang. 

Ha, dengan Curvo Residences korang boleh dapatkan rumah dengan keluasan sehingga 1,345 kaki persegi yang direka dengan balkoni seluas hingga 6.0m, serta halaman rumah.  

Dengan rekaan yang mewah dan dibina menghadap ke arah utara-selatan, korang dapat mengelakkan matahari langsung pada siang hari dan dapat menikmati pengudaraan penuh! 

Bukan itu je tau, ia juga dilengkapi dengan 4 bilik tidur, 1 bilik stor dan 3 bilik air. Setiap bilik juga cukup luas untuk muatkan katil bersaiz queen! 

Psst! Wanita-wanita di luar sana, tipulah kalau kata korang tak teringin nak ada ‘walking wardrobe’. Kalau korang nak tahu bilik tidur utama dan bilik tidur kedua bersambung tau. Menjadikan ia pilihan terbaik untuk dijadikan ‘walking wardrobe’! 

Lebih 50 Fasiliti Tersedia Untuk Hidup Yang Lebih Sihat & Mampan 

Kondominium mewahKondominium mewah

Ramai yang lebih memilih untuk hidup di luar bandar demi mendapatkan kehidupan yang lebih tenang dan harmoni sambil menikmati udara segar apabila pulang ke rumah. 

Tapi, korang percaya tak, korang dapat memiliki kehidupan yang lebih harmoni dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau di tengah-tengah KL ni!

Walaupun jarak Curvo Residences hanya 5 KM dari pusat bandar Kuala Lumpur, korang masih boleh dapatkan udara segar tau! 

Baru ingat nak mulakan kehidupan yang lebih sihat dengan berjogging. Tapi macam salah pilih je ni? 

Eh, jangan risau! Dengan Curvo Residences, korang dapat menikmati  lebih daripada 50 kemudahan hidup yang sihat dan mampan. 

Luangkan masa dengan yang tersayang sambil bersiar-siar di Nature Rhythm Park ataupun berjoging di Forest Jog Trail yang panjangnya dianggarkan kira-kira 750 meter! Terdapat juga laluan basikal sepanjang yang dijangka sehingga 582 meter. 

Atau korang nak nikmati pemandangan di waktu malam di SKY ROOFTOP? Uish, macam ni dah tak perlu travel jauh-jauh dah kalau nak healing. 

Realisasikan Kehidupan Impian Di Curvo Residences 

Kondominium mewahKondominium mewah

Lebih dekat dengan semua keperluan seisi keluarga, dapat menjimatkan waktu perjalanan dan dikelilingi dengan keindahan alam yang dapat memberikan ketenangan dan keharmonian menjadikan Curvo Residences rumah impian ramai. 

Ia juga mempunyai pensijilan bangunan hijau, GreenRE! 

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kediaman yang LENGKAP untuk kehidupan yang lebih harmoni di Curvo Residences! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Curvo Residences atau ikuti media sosial Curvo Residences di Facebook

*Tertakluk pada terma dan syarat. 

Scroll to Top