Ada Babak ‘Explicit’ Jefri Nichol, Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Filem Jakarta VS Everybody – “Saya Tengok Dengan Dia…”

Ada Babak ‘Explicit’ Jefri Nichol, Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Filem Jakarta VS Everybody – “Saya Tengok Dengan Dia…”

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menonton filem Jakarta vs Everybody yang memaparkan babak kandungan explicit kekasihnya, aktor Indonesia, Jefri Nichol.

Ameera menjelaskan perkara tersebut menerusi sebuah video siaran langsung tular yang disunting semula oleh individu di platform TikTok.

“Saya tonton filem Jakarta vs Everybody dengan dia. Tapi bila sampai dekat babak itu, dia tak bagi tengok sebab malu dan saya cakap dekat dia saya dah pernah tengok.

“Mesti ramai orang ingat saya belum pernah tengok filem Jakarta vs Everybody itu. Salah satu filem dia yang sedikit explicit.

“Tapi tak apa, sebab saya okay saja. Netizen yang tak okay…” katanya lantas tertawa.

@_inc3s

#littlemisskhan #jefrinichol #ameerakhan #fyp #fypage #masukberanda #bucin #indonesia

♬ original sound – _inc3s – _inc3s

Sebelum ini, kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.

Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Artikel Berkaitan: “Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

Artikel Berkaitan:Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dulu Bercinta Dengan Orang Dikatakan Baik, Tapi Perangai Macam…” – Ameera Khan

Artikel Berkaitan: Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

Scroll to Top