Pempengaruh media sosial, Acap S meluahkan rasa sedih atas kehilangan adik Alisa Umairah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir akibat kanser mata tahap 4.
Menerusi hantaran di TikTok, Acap tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan anak syurga yang amat disayangi orang ramai itu..
Semoga Papa Panda dan keluarga kuat mengharungi. Maafkan uncle tak sempat jumpa Alisa. Kami semua sayang Alisa.
Doa Acap S untuk Alisa dan keluarga
Bukan tu jer, Acap turut mendoakan agar Alisa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan menjadi anak yang membawa ibu bapanya ke syurga.
Pempengaruh itu juga tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kenangan ketika sesi siaran langsung bersama Alisa dan bapanya di TikTok sebelum ini.
Semoga Alisa ditempatkan di tempat orang yang beriman dan akan menjadi anak yang menarik ibu bapanya ke syurga.
Acap S rancang lawat jenazah di Johor
Menurut Acap, sekiranya berkesempatan, dia akan ke Johor untuk melawat jenazah Alisa dan memberikan penghormatan terakhir. Pemergian Alisa bukan sahaja dirasai oleh keluarga, tetapi juga oleh rakan-rakan dan para peminat yang mengikuti perjuangan si cilik ini melawan penyakitnya.
Untuk info, adik Alisa Umairah Nur Hisham sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital akibat kanser mata tahap 4 dan telah meninggal dunia pada malam tadi (Rabu), 13 November 2024. Al-Fatihah..
#OhmediaNasihat
Pemergian insan tersayang adalah satu ujian yang sukar untuk diterima. Namun, kasih sayang yang kita berikan sepanjang hidup mereka adalah hadiah yang paling berharga.
Kepada yang pernah kehilangan, ingatlah bahawa setiap kenangan akan terus hidup dalam hati kita. Hargai setiap momen bersama insan tercinta dan berilah sokongan kepada mereka yang sedang berjuang dalam apa jua kesakitan.