ABP: KJ tembusi 20 calon kategori Penyampai Radio Popular

ABP: KJ tembusi 20 calon kategori Penyampai Radio Popular

KUALA LUMPUR – Bekas mengeri Kabinet. Khairy Jamaluddin terpilih dalam kelompok 20 pencalonan awal bagi kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36 seperti yang diumumkan hari ini.

Menerusi kategori itu, Khairy yang kini penyampai radio Hot FM berdepan saingan sengit daripada penyampai lebih senior seperti Faizal Ismail, Sharifah Shahirah, Radin dan DJ Sonic serta rakan setugasnya iaitu Johan, AG Azmeer dan Fara Fauzana.

Turut memberi cabaran pastinya DJ Lin yang meraih trofi Penyampai Radio Popular pada ABPBH 29 dan tiga edisi berturut-turut pada edisi ke-32, 33 dan 34.

Lebih setahun bertugas di stesen radio popular itu, Khairy atau mesra disapa KJ mempunyai aura tersendiri untuk membuat pendengar terhibur dengan celotehnya yang bersahaja.

Karisma sebagai bekas pemimpin juga terserlah terutama ketika membicarakan topik serius menerusi slot kendaliannya.

Sementara itu, suara Khairy buat kali pertama berkumandang di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada 15 Februari tahun lalu.

Khairy menyertai Hot FM dalam segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Farah Fauzana pada 9 Februari tahun lalu.

Beliau bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi. – MalaysiaGazette