'Abang kawasan' tunjuk samseng diberkas polis

'Abang kawasan' tunjuk samseng diberkas polis

rnoraina@hmetro.com.my

Ampang: Seorang lelaki ditahan polis selepas membuat kecoh dan mengganggu ketenteraman awam di Kampung Pandan Dalam di sini.

Polis Daerah Ampang Jaya menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 3.45 pagi tadi.

“Apabila tiba di lokasi, polis mendapati suspek berusia 23 tahun itu dalam keadaan cedera dan ditahan orang awam kerana membuat kekacauan.

“Semasa pemeriksaan, suspek secara sukarela menyerahkan satu paket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.70 gram,” katanya dalam kenyataan di Facebook tadi.

Menurut kenyataan, suspek dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Selain itu, semakan dilakukan juga mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top