Aaron-Wooi Yik rangkul kejuaraan dunia

Aaron-Wooi Yik rangkul kejuaraan dunia

Aaron (kanan) dan Wooi Yik muncul juara dunia setelah menewaskan Ahsan-Hendra 21-19, 21- pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun pada Ahad. – Foto Agensi.

PASANGAN badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memahat sejarah apabila mengungguli acara beregu lelaki setelah menewaskan gandingan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun pada Ahad.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2021 itu menang 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit, sekali gus mengecewakan pasangan juara dunia tiga kali itu pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kali terakhir pasangan Malaysia mara ke final beregu lelaki Kejohanan Dunia ialah pada 2010 iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, namun dikecewakan gandingan dari China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-18, 18-21, 21-14 di Paris, Perancis.

AKAN MENYUSUL

Scroll to Top