Penerbit terkenal Datuk A Aida mengakui rasa sunyi selepas hampir enam tahun hidup sebagai ibu tunggal dia memerlukan seseorang sebagai peneman hidupnya.
Memetik Harian Metro, Aida berkata dia sedang mengenali insan istimewa namun belum bersedia dedahkan identiti individu itu yang dikatakan dalam kalangan VIP.
BACA: A. Aida Boikot Ruhainies 3 Tahun, Namun Hubungan Kekal Baik
“Sejujurnya, pasti terbit rasa sunyi apabila sudah lama bersendirian. Saya akui memang perlukan seseorang untuk mengisi hari-hari yang mendatang,” katanya.
Sementara itu, Aida berkata dia berharap dipertemukan dengan seseorang yang tepat serta menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.
“Saya berkawan dengan ramai orang. Urusan jodoh saya serahkan kepada Allah. Kalau ditakdirkan saya ada jodoh dengan seseorang, saya harap perkahwinan kali ini adalah yang terakhir untuk saya,” katanya.
Sebelum ini, Aida mendedahkan sedang berkawan dengan seorang lelaki berstatus duda dan hubungan mereka mula rapat sejak Disember tahun lalu.
SUMBER: Harian Metro