KUALA LUMPUR – Sejak sekian lamanya, Morib terkenal dengan keindahan pantai dan panorama senja yang tidak dapat dipisahkan.
Melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut sememangnya dapat menenangkan jiwa seseorang.
Hilang segala tekanan di tempat kerja dan rasa penat dengan tugasan harian yang tidak habis-habis. Bagi yang tercari-cari kawasan pantai untuk berehat, tidak perlu pergi jauh-jauh yang untuk menenangkan jiwa yang gelora. Datanglah ke Banting.
Sejak dibenarkan merentas daerah, ramai pelancong memilih untuk bersantai petang di Pantai Morib. Pantai ini kaya dengan keindahan semulajadi pasir dan lautan biru serta pengunjung berpeluang melihat matahari terbenam pada senja hari.
Itulah faktor utama pengujung perlu datang ke pantai yang mashyur dengan suasana amat romantis ini.
Suasana pemandangan yang tidak terucap dengan kata-kata itu dapat dilihat ketika menginap di Villea Morib Hotel yang terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Sri Morib.
Setiap petang, pantai di hadapan chalet menjadi tumpuan kerana kerana menanti keindahan alam yang sangat menakjubkan iaitu panorama matahari terbenam.
Dengan desir ombak, bauan pantai, limpahan cahaya yang kian malap berubah menjadi gelap, semua pengunjung akan bersiap sedia bersama alat teknologi masing-masing bagi merakamkan panorama ini.
Di sini, keindahan matahari terbenam terlihat jelas seperti tenggelam ke dalam lautan. Sesiapapun akan teruja dan jatuh cinta akan fenomena ini. Sebut sahaja matahari terbenam, semua orang pasti terbayangkan suasana di sini.
Selepas puas melihat matahari naik dan terbenam, bilik-bilik di sini yang dihiasi dalam warna coklat cerah dan cukup mendamaikan sedia menanti.
Tetamu juga boleh melepaskan lelah dan mengalas perut kerana ia dilengkapi dengan kemudahan membuat teh dan kopi serta makanan ringan.
Lebih mengujakan, gabungan hotel dan ini chalet ini turut mempunyai kolam renang yang luas dan dua pilihan tempat makan dengan sijil Halal. Malah Wi-Fi percuma dan tempat letak kenderaan persendirian disediakan.
Bagi yang malas berjalan ke pantai, mereka boleh bersenam di pusat kecergasan atau bermain bola tampar di gelanggang luaran. Selain hidangan tempatan dan Barat boleh didapati di Coffee House yang juga menawarkan bufet sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam setiap hari.
Tidak ketinggalan, menu ala carte juga disajikan. Yang pastinya, menginap di sini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Bagi yang pening memilih tempat percutian, halakan pemanduan anda ke Villea Morib Hotel yang terletak di Lot 183 &184 Jalan Pantai, 42700 Banting, Selangor dan diuruskan oleh Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd. milik Permodalan Nasional Berhad
Mereka yang berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi talian talian 03-3198 2070. – MalaysiaGazette