Nikah dah lebih setahun, pengantin bancuh makanan bayi di majlis sanding

Nikah dah lebih setahun, pengantin bancuh makanan bayi di majlis sanding

Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pengantin yang mengambil keputusan melakukan pernikahan terlebih dahulu dan menanti situasi pandemik kembali reda untuk mengadakan majlis persandingan.

Namun, dalam menanti kebenaran untuk mengadakan persandingan atau sebarang majlis, zuriat pertama sudah pun selamat dilahirkan.

Hal ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hairulazmeer apabila memuat naik momen seorang pengantin perempuan yang juga isterinya sedang menyediakan makanan bayi ketika sudah berpakaian cantik untuk bersanding.

@hairulazmeer

bila kau nikah dah setaun lebih..n now bru buat majlis..dah terkeluar anak sorang pulak dah..🤣🤣🤣 #pengantinpkp #fyp #fypシ

♬ bunyi asal – Hairul Azmeer Hussai – Hairul Azmeer Hussai

Hal tersebut menjadi perhatian warganet apabila ditonton lebih daripada 400 ribu viewers di aplikasi TikTok. Dalam kapsyen yang disertakan, @hairulazmeer memaklumkan sudah bernikah hampir setahun lebih sehingga mempunyai seorang anak namun baru berkesempatan membuat majlis persandingan.

“Bila kau nikah dah setaun lebih and now baru buat majlis. Dah terkeluar anak sorang pulak dah..” tulisnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikTok @hairulazmeer dengan pelbagai respon yang kelakar.

Rata-rata berseloroh dengan memberitahu yang pasangan tersebut akan mudah menjawab soalan anak nanti andai mereka bertanya tentang kehadiran mereka di majlis perkawinan ibu dan ayah kelak.

 

Sumber: TikTok @hairulazmeer

Scroll to Top