“Kau tu yang buruk” – Membawang pasal inai isteri Harith, netizen sekolahkan wanita bagi komen pedas

“Kau tu yang buruk” – Membawang pasal inai isteri Harith, netizen sekolahkan wanita bagi komen pedas

Baru dua hari melayari bahtera rumah tangga, gambar kahwin Harith Zazman yang popular dengan video lucunya bersama Sterk Production jadi perhatian netizen.

Harith yang popular denga lagu Cute, telah memuatnaik gambar dengan kapsyen “Alhamdulillah” selepas pernikahan mereka.

Nampaknya foto tersebut mengundang kecaman segelintir pihak.

Dalam kegembiraan menyambut hari bahagia mereka, ada pula netizen yang dilihat meninggalkan komen negatif mengenai design inai isteri penyanyi baru tersebut.

 

Walaupun ditegur oleh netizen lain kerana memberi komen yang ‘pedas’ , wanita tersebut tetap berkeras dengan pendiriannya.

Selain wanita itu, seorang lagi pengguna turut mempertikaikan corak inai pasangan Harith yang dianggap tidak kemas kerana bahagian kotaknya yang tidak disambungkan.

Tweet yang mendapat 163 ulang ciap tu bagaimanapun dihentam oleh netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan kelantangan komen wanita tersebut.

Setakat ini pengguna tersebut masih belum memadamkan komen negatif yang dilemparkan terhadap isteri penyanyi tersebut.

Harith yang telah sah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya telah bertunang bulan Mac lalu.

Pasangan tersebut bagaimanapun tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memiliki zuriat pada masa ini memandangkan keadaan Covid-19 yang melanda negara, namun dia tidak menolak sekiranya jika dikurniakan rezeki itu.

“Soal anak, kami memang tiada apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki Alhamdulillah, tapi kami tak terlalu rushing untuk dapatkan anak”

Sumber: Twitter @harith_zazman, Nur Asyikin Mayudin/mstar online

Scroll to Top