Ketika ini memang ramai yang memilih untuk membeli makanan secara atas talian sahaja berikutan bimbang untuk keluar disebabkan pandemik.
Walaupun ‘dine-in’ sudah boleh dilakukan, namun masih ramai yang memilih untuk membuat pesanan lewat aplikasi dan terus dihantar ke rumah.
Jadi, sudah tentu pihak kedai akan menerima pesanan yang lebih banyak berbanding sebelum pandemik berlaku.
Oleh itu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok yang juga penghantar makanan, dia telah memuat naik video rakannya membantu seorang peniaga warga emas menebar roti canai kerana menerima banyak pesanan.
@dtgilham Byk sgt order😂 #foodpanda #esekeli #fypシ
Disebabkan tak menang tangan menerima tempahan tersebut, abang Foodpanda terus menyingsing lengan baju dan sama-sama menebar roti canai di gerai pakcik berkenaan ketika menunggu pesanan untuk dihantar kepada pelanggan siap.
Difahamkan, pakcik tersebut baru sahaja menyertai Foodpanda, jadi agak kurang mahir memandangkan dia juga menebar roti canai seorang diri.
Susulan daripada itu, rata-rata warganet meninggalkan komen diruangan TikTok @dtgilham dengan memuji usaha rakannya membantu pakcik tersebut memudahkan urusan.
Mereka juga sempat mendoakan agar rider Foodpanda itu terus dimurahkan rezeki ketika mencari pendapatan.
Sumber: TikTok @dtgilham