KUALA TERENGGANU: Seorang pengerusi sebuah koperasi di Terengganu direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa, empat tahun lalu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Wan Aziantie Wan Abd. [email protected], di Mahkamah Majistret di sini.
Pengerusi berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kira-kira pukul 3.50 petang semalam.
Menurut sumber, lelaki itu disyaki menggunakan jawatannya untuk melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi berkenaan pada 2018.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE