Olimpik: Pele kagum prestasi Marta

Olimpik: Pele kagum prestasi Marta

RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Brazil, Pele melabelkan Marta “lebih daripada pemain bola sepak” dan “inspirasi” selepas dia menjaringkan gol pada Olimpik kelimanya semalam.

Pemain 35 tahun itu meledak dua kali ketika Brazil membuka kempen Olimpik Tokyo dengan kemenangan 5-0 ke atas China dalam acara bola sepak wanita.

“Saya harap anda mengimpikan apa yang anda lakukan beberapa jam lalu. Sementara itu, berapa banyak impian anda cetuskan hari ini?

“Pencapaian anda jauh lebih bermakna berbanding rekod peribadi. Saat ini mencetus inspirasi jutaan atlet dalam pelbagai sukan, dari seluruh dunia yang berjuang mencari pengiktirafan.

“Tahniah, anda lebih daripada seorang pemain bola sepak. Anda membantu membina dunia lebih baik dengan bakat anda, di mana wanita mendapat lebih banyak ruang,” kata Pele.

Pele memenangi tiga Piala Dunia bersama Brazil pada tahun 1958, 1962 dan 1970. Seperti Pele, Marta turut memakai jersi nombor 10. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top