Ketika ini, sememangnya rakyat Malaysia sedang dilanda kesusahan memandangkan pandemik tak kunjung berakhir. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, namun kes positif Covid-19 masih meningkat.
Jadi, golongan yang memerlukan semakin bertambah sehingga sanggup mengenepikan rasa malu demi mencari duit untuk keluarga dirumah.
Hal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shashaadilla apabila menceritakan kisah seorang lelaki yang datang ke rumahnya untuk meminta sebarang pekerjaan.
@shashaadilla Maafkan saya wahai saudaraku, ini saja saya dapat tolong😭
Menurutnya, lelaki berkenaan datang ke rumah untuk meminta kerja dengan memotong rumput dirumahnya kerana sudah tidak mempunyai duit.
Walaupun pada awalnya berasa khuatir kerana tidak mengenali lelaki tersebut, namun dia tawakal untuk membantu.
Apa yang membuatkan pengguna TikTok tersebut sebak adalah usahanya yang menghabiskan kerja dari pagi hingga ke petang dalam cuaca panas terik.
Dia juga langsung tidak meminta duit tetapi hanya mahu diberikan kerja supaya memperolehu upah.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kasihan melihat kesungguhan orang yang benar-benar mencari pendapatan ketika waktu sukar ini.
Mereka juga megucapkan ribuan terima kasih kepada yang membantu dan berharap masing-masing dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok @shashaadilla