Jangan serius sangat, chill sudah! – Adrea Abdullah – Utusan Digital

Jangan serius sangat, chill sudah! – Adrea Abdullah – Utusan Digital

PETALING JAYA: Perkongsian pelakon jelita, Adrea Abdullah, yang semakin rancak bercerita mengenai pengalamannya dalam industri seni di aplikasi Tiktok telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Menerusi entri Instagram Adrea, dia terpaksa menutup ruangan komen semua videonya kerana ingin mengelakkan sebarang fitnah akan timbul.

“Minta maaf saya terpaksa tutup ruangan komen kerana ramai sangat petik nama. Jadi tak naklah perkara tersebut menjadi fitnah.

“Ada segelintir warganet yang kurang senang apa yang saya kongsikan di aplikasi tiktok itu. Daripada jadi fitnah dan negatif, saya ambil inisiatif untuk menutup ruangan komen berkenaan.

“Tetapi saya akan berkongsi lebih banyak lagi video, biarlah ini jadi satu iktibar dan tidak perlu membuat andaian yang tidak sepatutnya. Jangan serius sangat, chill sudah!,” katanya.

Sebelum ini, pengarah Shahrulezad Mohameddin, meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap pelakon wanita berkenaan yang rancak membuka pekung selebriti di lokasi pengambaran menerusi aplikasi Tiktok.

Scroll to Top