Dewi Bongkar Situasi Sebenar, Dakwa Cik Epal Langgar Perjanjian Dan Gunakan Kekerasan | Oh! Media

Dewi Bongkar Situasi Sebenar, Dakwa Cik Epal Langgar Perjanjian Dan Gunakan Kekerasan | Oh! Media

Isteri kepada peniaga pizza wagyu, Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi tampil mempertahankan dirinya selepas dituduh mencederakan Cik Epal.

BACA: Tular! Cik Epal Dakwa Diserang Dewi Ketika Cuba Ambil Barang Peribadi

Menerusi satu hantaran di Instagram, Dewi menceritakan situasi yang berlaku pada petang Isnin menyebabkan urusan mengambil barang menjadi kecoh.

Dewi tampil pertahankan diri

dewi

Dewi menjelaskan bahawa Cik Epal bersama ibu bapanya tiba di rumah mereka pada jam 3 petang dan disambut dengan baik.

Dewi mendedahkan bahawa segala barang yang ingin diambil oleh Cik Epal telah pun diletakkan di satu tempat khas tanpa sebarang gangguan.

Tapi, situasi bertukar kecoh apabila Cik Epal secara tiba-tiba berlari ke tingkat satu. Jelasnya, di dalam perjanjian, Jofliam sudah melarang Cik Epal ke mana-mana tingkat selain groundfloor sahaja.

Turut alami luka-luka

dewi

Melihat tindakan Cik Epal yang melanggar perjanjian, Dewi segera mengejar untuk mengingatkannya. Namun, Cik Epal didakwa melempar dekorasi rumah di tangga sambil menjerit.

Dewi mendakwa Cik Epal menggunakan kekerasan terhadap dirinya ketika cuba menghalang. Oleh itu, tindakannya selepas itu hanyalah untuk mempertahankan diri.

Screenshot

Tambah Dewi lagi, video pendek yang dimuat naik oleh Cik Epal adalah selepas pertelingkahan dan Cik Epal melanggar perjanjian apabila membuat rakaman.

Katanya, dia cuba menutup pintu kerana tidak mahu auratnya dirakam Cik Epal. Tambahnya lagi, video yang diviralkan oleh Cik Epal adalah setelah semua barang Cik Epal selesai diambil, bukan ketika kejadian sebenar berlaku.

Video sempat dirakam Dewi

Scroll to Top