Usahawan sensasi Bonda Rozita Ibrahim sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila sesi siaran langsung Facebook miliknya tiba-tiba terganggu disebabkan satu panggilan telefon mengejut daripada suaminya, Ustaz Khairul.
Dalam nada sedikit tegang, Khairul dilihat menegur tindakan Rozita yang dipercayai menyentuh isu perselisihan faham dengan pelakon Rebecca Nur Al Islam, yang juga adik iparnya.
Sayang, aduhai. Tadi kan saya baru cakap semalam kita dah bincang… Saya tengok awak punya live ni…
Namun, sebelum suaminya sempat habiskan percakapan, Rozita menyerahkan telefon itu kepada stafnya kerana bimbang isi perbualan akan didengari penonton live.
Netizen ‘sentap’ dengan suami Bonda Rozita
Ruangan komen live terus dihujani dengan reaksi panas netizen yang rata-rata tidak senang dengan tindakan Ustaz Khairul. Ramai menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘red flag’ dalam perhubungan.
Lelaki kalau backup adik beradik dari isteri sendiri, baik angkat kaki je.”
Kalau dia cerai dengan yang ni, aku paling setuju sebab kali ni paling redflag.”
Bonda ni bukan jenis hadap lelaki. Sekali buat hal memang dia blah je ni.”
Apa sebenarnya yang Khairul nak sampaikan?
Setakat ini, tujuan sebenar panggilan tersebut masih belum diketahui. Namun ramai percaya ia berkaitan teguran terhadap kenyataan Rozita dalam live mengenai “becak dekat Melaka.