KPM mohon maaf kesilapan Jalur Gemilang

KPM mohon maaf kesilapan Jalur Gemilang

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diedarkan hari ini.

KPM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

“Tindakan tegas dan serta-merta sudah diambil ke atas semua yang terbabit. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.

“Laporan analisis yang dicetak sudah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan,” katanya.

Terdahulu, gambar memaparkan Jalur Gemilang dengan kesilapan teknikal pada laporan terbabit tular di media sosial, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top