”Kita Nampak Sisi Lain Dia..” – Aliff Syukri Dedah Mengenai Bonda Rozita | Oh! Media

”Kita Nampak Sisi Lain Dia..” – Aliff Syukri Dedah Mengenai Bonda Rozita | Oh! Media

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menarik perhatian netizen apabila berkongsi momen penuh emosi mengenai pengorbanan isterinya, Datin Seri Shahida, sejak awal perkahwinan mereka.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Aliff turut memuat naik gambar dan video kenangan mereka berdua sambil mengimbas kembali detik-detik sukar yang pernah dilalui bersama.

Kami berkenalan di pejabat, ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi.

Kami bernikah dan usia saya ketika itu 20 tahun.

Zaman sekarang zaman TikTok, isteri saya banyak membantu… susah dan senang hingga ke tahap ini.

Doa ibu dan sokongan isteri, rahsia kejayaan Aliff Syukri

@papalarisofficial

Ini kisah sy .. tidak sangka dah tua dah saya dah boleh panggil pak cik dan mak cik …Jauhnya perjalanan hidup saya dah.. dari budak yang dilahirkan di Felda kecau pahang… sampailah sekarang terima kasih kepada pengalaman yang lepas ..yang menjadi menjadikan saya lebih matang.. i love my family❤️❤️❤️ saya rindu sgt dgn arwah abah saya arwah nenek saya dan arwah bapa mertua saya Al-Fatihah untuk mereka🥹🥹🥹

♬ Jangan Pernah Menyerah ( Tuhan Tak Pernah Janji ) – Bobby Faraby

Tidak cukup dengan itu, Aliff turut menyatakan bahawa kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah hasil doa bonda tercinta, Rozita Ibrahim, serta sokongan penuh isterinya yang tak pernah berbelah bahagi.

Ini semua berkat doa ibu dan isteri saya. Indah sungguh percaturan hidup ini, semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke jannah.

Netizen puji tindakan Aliff, sangat ‘gentlemen’

Aliff Syukri Bonda Rozita

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa sebak dan kagum melihat cara Aliff menghargai dua wanita paling penting dalam hidupnya.

Walaupun dia selalu cari gaduh kat media sosial, tapi bila bab jaga ibu dan isteri – dia memang contoh suami & anak yang baik.

Gentleman betul Aliff ni… bukan semua suami sanggup bela isteri waktu susah. Patutlah rezeki dia murah.

Terkesan sangat tengok video ni. Ini yang semua isteri nak, suami yang akan berdiri pertahankan bila orang hina.

Hargailah pasangan yang setia bersama waktu susah dan senang. Dalam rumah tangga, kasih sayang dan penghargaan lebih mahal dari segalanya.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top