
Masha-Allah, rezeki memang tak salah alamat. Kita yang melihatnya pun turut merasa gembira dan bersyukur.
Rezeki Syifa Melvin yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci kali ke-6 bersama suami dan anak.


Terserlah kebahagiaan mereka sekeluarga apabila dapat melaksanakan ibadah umrah sekeluarga.
Untuk info, Syifa mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid pada 28 November 2022.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman Muhammad Safawi yang kini berusia dua tahun.
Syifa atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin adalah adik kepada pelakon Syatilla Melvin dan Syafiqa Melvin.
Perancangan Allah SWT Sangat Cantik
Pelakon yang juga selebriti media spsial serta usahawan berusia 31 tahun ini berkongsi detik bermakna itu di Instagramnya.
Syifa berkongsi momen dirinya bersama suami dan anak lelaki bergambar di hadapan Kaabah.
Tulis Syifa di ruangan kapsyen: –
“5x rezeki datang Mekah buat umrah, doa jodoh yang baik, jodoh yang bertanggungjawab, jodoh jala dok doa dulu.
“Rezeki umrah ke 6 datang dengan zuriat tercinta tanpa jodoh yang dipinta.
“Tapi percaturan Allah SWT memang tersangat lah cantik, dia betul2 panggil.”
“Semalam game di Terengganu Harini di Mekah mengelilingi Baitullah.”
BACA JUGA: Sepakat & Sentiasa Jaga Hubungan Keluarga Rahsia Keakraban Adik Beradik THE MELVINS
Menurut Syifa, ibadah umrahnya kali ini sangat bermakna.
“Umrah kalini sangat meaningful buat Syifa sebab finally Syifa dapat jejak ke tanah haram bersama dengan doa-doa yang pernah dipinta dulu..”
Syifa turut menitipkan pesanan berharga buat para pengikutnya agar mereka juga berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci suatu hari nanti, Insha-Allah.
“Berdoalah bersungguh sungguh, yakinlah bahwasanya Allah SWT pasti kabulkan. Nobody but Allah SWT.”
Titip Doa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut menitipkan doa di samping menzahirkan rasa teruja.
“Bestnya. Lagi2 dapat pergi dengan orang yang pernah ada dalam doa kita. Moga Tuhan izinkan lagi dijemput ke tanah suci.”
“Selamat menunaikan umrah mabrurah Syifa & famili.”
“Alhamdulillah kalau Allah dah izinkan, cantik plan kan. Moga dipermudahkan urusan semua umrah mabrur.”
Turut sama menunaikan ibadah umrah ialah adik beradiknya yang lain berserta pasangan masing-masing.
Semoga Syifa dimudahkan segala urusan Syifa sekeluarga.
Rasulullah SAW bersabda:
“Antara satu umrah ke umrah yang lain adalah penghapus dosa di antara keduanya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Teruskan berdoa semoga kita semua dijemput menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Insha-Allah.
Download seeNI sekarang!


Tiga hari lepas HIJABISTA ada menulis artikel mengenai hijabi Nazira yang sedang kritikal setelah diserang stroke. Saat itu, Nazira sedang dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Namun ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya apabila Nazira telah dijemput Ilahi selepas solat Isya’ (sebaik artikel berkenaan ditulis).
HIJABISTA menerima kiriman mesej dari kakaknya, Nurul Nabila memberitahu di laman sosial bahawa adiknya telah bertemu sang pencintaNya. Sebaik mengetahui dia sudah tiada, bertalu-talu kiriman takziah dan Al-Fatihah daripada kenalan di alam maya.
Bukan sahaja mesej Facebook Hijabista, status di twitter juga turut memberitahu Nazira sudah tiada.
Ternyata hasrat Nazira sebelum itu untuk kembali sembuh seperti sediakala tidak kesampaian. Walaupun punca sebenar stroke yang dialami tidak diketahui kerana arwah hanya tahu segalanya berubah, apabila jatuh hingga pengsan di tempat kerja.
Doktor juga memberitahu ada pendarahan di kepalanya hingga menyebabkan dia diserang stroke pada sebelah kanan.
Rata-rata netizen yang sejak dari awal mengikuti thread berkongsi kisahnya mengalami sakit berkenaan terkejut dengan kehilangannya.
Salam takziah dari netizen.
Semua mendoakan agar arwah Nazira di tempatkan di kalangan orang beriman dan bidadari syurga.
Ramai juga antara netizen yang baru mengenali Nazira turut terharu dengan semangatnya melawan penyakit yang dihadapi semasa hayatnya.
Artikel Berkaitan: Sebelum Kritikal Sempat Kongsi Pengalaman Diserang Stroke
Download seeNI sekarang!


Lanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021, ramai menarik nafas lega apabila YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkannya sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Namun sikap yang rakyat Malaysia yang sering membuat keputusan ‘last minute’, pasti pelbagai masalah akan timbul walaupun sistem portal MyBayarSaman telah dilancarkan. Masalah teknikal pasti berlaku sekiranya ada lagi sikap sebegini. Jadi bagaimana untuk mengelakkan pembayaran saman PDRM di saat-saat akhir.


Ada segelintir rakyat Malaysia masih sanggup bersesak di IPD berbaris panjang, tetapi dalam keadaan pandemik covid-19, kita harus mencari alternatif bagi menggelakkan sebarang kecelakaan berlaku. Dengar kata masih ramai yang tak dapat akses Portal MyBayar Saman untuk dapatkan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Mujur lelaki ini kongsi cara lain bagi memudahkan anda membayar saman PDRM, melalui mesin ATM pun cukup mudah. Jom lihat cara ini, tak sampai 5 minit dah selesai!
Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui:
- Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
- Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank
Siapa yang tak dapat nak bayar saman lagi tu boleh guna kaedah ini. Hanya bayar saman di mesin ATM sahaja. Yang ni mesin ATM Maybank ya. Nak tahu caranya? Simple saja caranya, boleh rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.
- TEKAN PAYBILLS
- TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
- TERUSKAN
- MASUK KAN NO IC
- TEKAN UTK BUAT BAYARAN
Rujuk langkah bergambar di bawah:
LANGKAH 1: Tekan Paybills
LANGKAH 2: Tekan Pembayaran Saman PDRM.
LANGKAH 3: Tekan Teruskan.
LANGKAH 4: Masukkan nombor IC / kad pengenalan anda.
LANGKAH 5: Teruskan pembayaran anda.
Simpan resit untuk rujukan.
Settle!
Namun jika anda masih ada bertindak di saat-saat akhir semuanya akan tergendala. Bagi memudahkan segala urusan bertindaklah segera supaya tiada sebarang kemungkinan yang berlaku. Jom rebut peluang keemasan ni sis!
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!


Perkembangan dunia digital yang semakin meluas ini menjadikan ramai hijabi muda mahu bergelar instafamous dengan mempromosi dan mempopularkan sesuatu barangan. Ini kerana kerjaya instafamous ini sebenarnya mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika kena cara review yang dilakukan. Ada yang menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan tetap tetapi ada juga melakukanya secara sambilan. Jangan tak tahu hanya dengan membuat paid review sahaja seseorang instafamous itu mampu peroleh pendapatan mencecah RM10K sebulan.
Memang lumayan dan inilah yang diraih oleh antara instafamous paling viral Nur Humaira. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi kemunculan gadis ini di laman sosial memang menjadi bualan hangat netizen gara-gara dek kerana video ‘over’ dalam setiap review yang dibuat
KONGSI TIP
Baru-baru ini ketika dijemput menjadi artis undangan dalam rancangan Motif Viral, Humaira sempat berkongsi tip bagaimana seseorang instafamous itu mahu mendapat pendapatan mencecah hingga ribuan ringgit.
“Biasanya orang review hanya akan cakap-cakap. Tetapi Mira nak pesan jika mahu menjadi reviewer yang baik di instagram, korang kena jujur dan jadi diri sendiri. Tak boleh tiru orang. Depan kamera buat apa yang korang suka dan buat apa yang korang rasa nak buat. Buat untuk jadikan ia viral dan secara tak langsung view itu akan naik sendiri.
Menurutnya, walaupun video review yang dilakukan memang over tetapi cara demikian menyebabkan sesuatu video itu akan mendapat tontonan yang tinggi di laman sosial. Walaupun mendapat kecaman netizen dengan perlakuan video pelik yang dilakukannya, tetapi Mira akui gembira melakukannya dengan cara tersendiri.
“Saya akan jujur setiap kali saya review sesuatu produk contoh makanan. Saya akan cakap perkara sebenarnya mengenai produk itu. Kalau pedas saya akan cakap pedas. Dan kalau tak sedap pun saya akan katakan juga.
“Biasanya jenama itu tak akan marah langsung dan tidak peduli asalkan produk mereka diketahui ramai, jadi viral dan view akan meningkat naik. Malah mereka juga akan berterima kasih kepada saya kerana mempopularkan jenama mereka dengan cara tersendiri. Itulah yang kita namakan strategi,” ujarnya.
TAK SANGKA JADI VIRAL
Humaira sendiri sebenarnya tidak menyangka dirinya akan menjadi viral sebab dia melakukannya hanya sekadar suka-suka. Dia yang sudah melakukan kerjaya ini tidak sampai 1 tahun dan dengan usia masih muda telah memperoleh pendapatan cukup lumayan tidak sepadan umurnya.
Dia mengakui kaedah yang dilakukan dalam instagramnya memang unik dan berbeza dengan review yang biasa dilakukan instafamous lain. Biarpun dikecam kerana dirinya perempuan dan dianggap perlakuannya tidak senonoh tetapi Mira tidak kisah dan teruja melakukan setiap aksi dalam lamam instagramnya.
Mira juga mengakui walaupun dirinya sudah terkenal sebagai instafamous ini, tetapi dia ada juga terfikir untuk menyambung pelajarannya. Tetapi memikirkan sudah rezekinya ke arah apa yang dilakukannya sekarang, jadi dia memang mencari wang pendapatan dengan kerjayanya sekarang ini.
Mempunyai follower di instagram 344K dengan menggunakan nama akauan @nrhwz. Selain produk makanan, Humaira juga turut membuat paid review seperti produk kecantikan, makanan, fesyen dan gajet.
Malah jika dilihat dalam setiap video dipaparkan mendapat view hingga ratusan ribu. Wow, cukup menakjubkan dan mengalahkan page selebriti. Juga tersenarai antara 11 instafamous yang terkenal dengan bakat gila-gila dalam membuat perniagaan review online ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NRHWZ
Download seeNI sekarang!