“Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar

“Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar

Pelakon Abby Abadi mendedahkan bekas suaminya yang juga pelakon dan usahwan, Norman Hakim sentiasa bersikap acuh tak acuh terhadap anak-anak mereka.

Katanya menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, Norman tidak pernah marah atau menegur tindakan anak-anaknya terutamanya Marissa Dania.

Malah, sepanjang tempoh perceraian, bekas suaminya itu juga tidak pernah mengambil tanggungjawab untuk menjaga anak-anaknya bahkan, sekadar melawat seperti orang luar.

“Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat. Dia tidak pernah pun marah Marissa.

“Tidak pernah pun Marissa itu kena tampar atau pukul, benda itu tidak berlaku.

“Selepas bercerai anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga. Datang jumpa pun macam orang luar. Memang macam orang luar datang jenguk sahaja,” katanya.

 

Dalam perkongsian sama, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan menegaskan, dia tidak akan berbaik semula dengan bekas suaminya itu memandangkan sikapnya yang suka ‘lari’ dari tanggungjawab.

“Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik. Saya rasa tiada keperluan.

“Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu bagi Marissa pilihan kedua.

“Saya marah Marissa, dia lari ke keluarga Norman,” jelasnya.

Sebelum ini, Abby menerusi beberapa hantaran di Threads meluahkan perasaan terhadap tindakan dan sikap Norman yang sentiasa mengambil mudah semua perkara.

Bukan itu sahaja, sejak perceraian mereka, semua keperluan dan tanggungjawab yang seharusnya dilakukan oleh seorang ayah turut diabaikan Norman.

“Masalah tak pernah cuba nak selesaikan. Hal dengan saya, apa yang tertunggak? Memang terabai terus.

“Tapi yang saya geram dan marah sangat, hak anak-anak dengan dia ni (Norman) ambil mudah je semua. Dari anak kecil sampai dah besar. Tak adil langsung.

“Sejak bercerai, makan, pakai, tempat tinggal  semua tak peduli. Dari tak berduit sampai dah kaya,”kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sejak Cerai, Makan Pakai Semua Tak Peduli.. Dari Tak Berduit Sampai Dah Kaya” – Abby Abadi Sedih, Norman Hakim ‘Lepas Tangan’ Isu Anak

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Bersuara Nak Dapatkan Hak, Ada Pula Suara Sumbang..” -17 Tahun Berdiam Diri, Abby Abadi Diminta Simpan Aib

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Abby Abadi Dakwa Norman Hakim ‘Terpaksa’ Kahwin Dengannya, Tak Ada Rasa Cinta? – “Masa Tu Dia Frust Dengan Orang Lain”

ARTIKEL BERKAITAN:“Block Orang Itu Benda Paling Seronok Nak Buat” – Abby Abadi ‘Malas’ Layan Netizen… Persoal Permohonan Maaf Aslam

Scroll to Top