Karya Paling Laris! Blood Brothers Raih Kutipan RM45.7 Juta Setakat 11 Hari Tayangan

Karya Paling Laris! Blood Brothers Raih Kutipan RM45.7 Juta Setakat 11 Hari Tayangan

Terus mencipta fenomena, filem aksi Blood Brothers: Bara Naga kini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM45.7 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di semua pawagam tanah air.

Menurut Datuk Yusof Haslam selaku Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif bersama, Blood Brothers arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra dijangka bakal mengatasi kutipan filem Sheriff tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kita mungkin boleh mencecah melebihi kutipan filem Sherrif selama sebulan dalam tayangan sekiranya respons luar biasa yang kita dapat daripada penonton sekarang kekal sehingga akhir,” katanya.

Filem aksi tersebut membuktikan penerimaan industri perfileman Malaysia berjaya menghasilkan naskhah tempatan yang berkualiti tinggi sekaligus menjadi antara karya paling laris.

Selain itu, filem yang turut dibarisi pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson kini  berada dalam senarai Top 5 filem tempatan terlaris sepanjang zaman.

Malah, filem aksi ikonik itu turut menduduki carta lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi selepas Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (RM97.4 juta), Sheriff: Narko Integriti (RM63.2 juta), Polis Evo 3 (RM54.1 juta) dan Munafik 2 (RM48 juta).

Terdahulu, Blood Brothers berjaya menambat hati para penonton sejak mula ditayangkan di semua pawagam pada 10 April 2025.

Menelan kos sebanyak RM7 juta, filem itu kini hangat ditayangkan di 170 pawagam seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Scroll to Top