Abby Abadi Dedah Norman Hakim Beli Kereta Sport Tapi 17 Tahun Tak Bagi Nafkah | Oh! Media

Abby Abadi Dedah Norman Hakim Beli Kereta Sport Tapi 17 Tahun Tak Bagi Nafkah | Oh! Media

Pelakon dan aktivis terkenal, Abby Abadi tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai bekas suaminya, Norman Hakim, yang didakwa tidak menjalankan sepenuhnya tanggungjawab nafkah terhadap tiga anak mereka sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.

Abby berkata dia telah menguruskan keperluan harian anak-anaknya, Danish, Dania dan Danisha seorang diri, termasuk tempat tinggal, makan minum dan pendidikan.

Saya usahakan ini untuk anak-anak yang dia tinggalkan… Tempat tinggal, makan minum harian dari kecil, saya yang tanggung.

Abby Abadi terkilan, Norman didakwa buat tak tahu

Lebih mengecewakan, Abby mendakwa Norman hanya membantu sedikit dari segi sekolah, namun selebihnya dibiarkan begitu sahaja. Bahkan katanya, ‘hint’ yang diberikan langsung tidak dipedulikan.

Saya hint masa birthday anak, belikan anak ni kereta, dia buat tak tahu. Sudahnya anak tu beli kereta berhutang 9 tahun.

Selama ni dah baikkan? Memang baik. Tapi dia tetap buat tak tahu.

Bukan cemburu, tapi harap anak-anak dihargai

Abby turut menjawab dakwaan netizen kononnya dia cemburu dengan kehidupan mewah Norman bersama isteri barunya, Memey Suhaiza.

Sebaliknya, Abby menegaskan dia hanya berharap agar anak-anak turut diberi peluang merasai kebahagiaan yang sama, apatah lagi bila Norman kini sudah berjaya dan mampu.

Saya tak dengki pun. Saya cuma berharap, bila dah kaya tentu anak-anak dapat menumpang sama. Tapi nampak tak? Anak-anak saya tak ikut pun mereka bercuti.

Saya ni dari dulu B40, berangan je nak jadi T20. Tapi sekarang pun tak dapat nak kejar dah.

Jangan abaikan tanggungjawab walau selepas berpisah. Rezeki yang kita miliki hari ini, mungkin datang dari doa anak yang pernah kita lupakan.

Kredit: Threads Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top