“Bonda Sebenarnya..” – Aliff Syukri Akhirnya Dedah Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku | Oh! Media

“Bonda Sebenarnya..” – Aliff Syukri Akhirnya Dedah Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku | Oh! Media

Konflik hangat yang melibatkan isteri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida dan pelakon Rebecca Nur Al-Islam akhirnya mendapat penjelasan dari mulut Datuk Seri Aliff Syukri sendiri.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Aliff tampil menjelaskan kisah sebenar berhubung kekecohan tersebut, yang berpunca daripada isu perkahwinan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim, dengan abang kepada Rebecca.

Bonda sebenarnya dah maklumkan yang dia tidak mahu gambar dan video mengenai pernikahannya dimuat naik dalam media sosial sebab Bonda tak selesa.

Shahida tak menghina, cuma tersinggung

Aliff Syukri Datin Shahida

Aliff menjelaskan, isterinya tidak berniat untuk menghina sesiapa tetapi hanya tersinggung dan geram apabila netizen terus-menerus mengungkit isu perkahwinan ibunya ketika mereka sedang melakukan siaran langsung.

Isteri saya pun geram bila tengok adik saya menangis dan netizen asyik komen pasal isu itu. Cuma isteri saya kata jangan mencapap, itu sahaja.

Aliff Syukri hormati pilihan Bonda

Bonda Rozita Aliff Syukri

Menurut Aliff, dia dan adik-beradiknya menghormati permintaan Bonda Rozita yang tidak mahu perkahwinannya terlalu didedahkan, demi menjaga hati dan perasaan ramai pihak, termasuklah anak-anak dan cucu-cucunya.

Apa pun yang berlaku, adik-beradik selalu kongsi dengan saya. Saya tak bela isteri saya dan saya pun dah cakap dengan dia jangan bercakap.

Rebecca tampil jawab balik

Dalam perkembangan lain, Rebecca Nur Al-Islam menjawab semula dakwaan kononnya dia cuba menumpang populariti abangnya dan Bonda Rozita dengan memuat naik gambar serta video mereka di media sosial. 

Malah, Rebecca turut mendedahkan rakaman suara yang didakwa milik Shahida, sekali gus menghangatkan lagi keadaan.

Kadang-kadang, niat nak lindungi keluarga boleh disalah erti. Sebelum menghukum, dengarlah dari kedua-dua pihak. Hormat privasi orang lain, tak semua hal perlu dikongsikan untuk tontonan umum.

Kredit:
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top