Wanita tular pukul anak sudah ditahan

Wanita tular pukul anak sudah ditahan

am@hmetro.com.my

Chukai: Polis sudah menahan wanita yang tular didakwa memukul anak perempuannya berusia sembilan tahun di kedai dobi di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, wanita itu ditahan semalam dan direman sehingga hari ini.

Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian pada 7.27 Ahad lalu, dengan siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 3 petang, 16 April.

“Wanita berusia 45 tahun itu didakwa memarahi dan memukul anaknya. Tindakan didakwa kerana bimbang keselamatan anaknya yang berlari-lari di depan kedai dobi yang dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa sudah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan laporan awal perubatan mengesahkan dia mengalami cedera ringan di dahi.

Katanya, mangsa kini dalam jagaan bapanya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top