Konflik keluarga membabitkan penyanyi rap, Ben Ladin semakin meruntun jiwa selepas dia mendapat tahu dua adiknya masing-masing berusia 12 dan 8 tahun, rupa-rupanya tidak bersekolah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, pemilik nama penuh Muhammad Benladin, 24, ini meluahkan rasa berang apabila pihak yang bertanggungjawab menjaga adik-beradiknya itu mengabaikan mereka.
Jelas Ben, dia sudah memberikan menyerahkan sebuah kereta demi memastikan adik-adiknya boleh dihantar ke sekolah.
“Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini fikir adik-adik nak sekolah. Sampai hari ini aku dapat tahu adik tak sekolah. Seorang dah 12 tahun, seorang dah 8 tahun,” katanya.
Dalam muat naik sama juga, pelantun lagu Hikayat Ben Ladin ini turut menyelar tindakan individu berkenaan yang boleh berbelanja mewah sehingga menipu orang lain mencecah ribuan ringgit.
“Scam duit orang sampai beratus ribu. Adik aku tak sekolah, belanja mewah boleh. Road tax kereta mati. Saman banyak, kereta hancur,” luahnya berang.
Sebelum ini, Ben tampil membuat laporan polis selepas sering diganggu individu yang menjadi mangsa penipuan melibatkan ibu bapanya