Shahida ‘beauty with brain’, sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu – Bonda Rozita

Shahida ‘beauty with brain’, sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu – Bonda Rozita

Usahawan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita menyifatkan menantu perempuannya, Datin Seri Nur Shahida sebagai seorang wanita yang bukan saja cantik dari segi rupa, tapi juga bijak dan berilmu.

Kata Bonda Rozita, keistimewaan yang dimiliki Shahida menjadi asbab wanita itu menjadi menantunya dan percaya boleh menjaganya ketika usia tua kelak.

Bonda Rozita

Instagram will load in the frontend.

“Shahida wanita yang saya kasihi, beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu, jika saya uzur nanti saya pasti dia adalah menantu yang boleh menemani saya. 
“Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu, saya sorokkan hanya dengan Ida saya ceritakan (dia wanita terhebat dihati saya),” katanya dalam sebuah hantaran di laman Instagram, baru-baru ini.

Ujar ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu lagi, dia mahu menjadi ibu mentua terbaik buat kesemua menantu yang selama ini sanggup menempuh segala dugaan perkahwinan bersama anak-anaknya.

Artikel lain: Ikut nasihat abang, Rebecca Nur Al-Islam padam video sindir Shahida

Bonda Rozita

Bonda Rozita

“Saya pernah jadi menantu, saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mentua terbaik pada mereka.
“Saya patut berterima kasih kepada menantu perempuan sebab dia yang melayani anak lelaki saya dalam susah dan senang. Saya tahu bagaimana rasanya masuk ke dalam keluarga orang, kekok dan rasa terasing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bonda Rozita menegaskan akan sentiasa menghargai serta membela hak menantu kerana mereka adalah anugerah Allah yang bernilai dalam kehidupannya.

Terdahulu, nama pelakon dan usahawan, Rebecca Nur Al Islam menjadi bualan hangat ramai selepas dia tampil membalas kenyataan Shahida yang mendakwa dirinya suka mencari publisiti kerana kerap berkongsi tentang ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim.

Tidak berdiam diri, Rebecca yang berang dengan tuduhan tersebut menggelarkan Shahida sebagai ‘mak cik bodoh’ dan seorang yang bermulut jahat.

Malah, Rebecca turut memuat naik beberapa komen netizen yang dikatakan mendedahkan aib Shahida di laman sosialnya, sekali gus memburukkan lagi isu antara mereka.

Sumber: Instagram @bondarozitaibrahim

Scroll to Top