Semalam, tular posting di media sosial memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan sebelum susur keluar ke Plaza Tol Rawang.
Melihat keadaan ‘ngeri’ kereta tersebut, rata-rata warganet mengagumi kebesaran Allah SWT setelah mengetahui bahawa mangsa yang juga pemandu wanita terselamat daripada insiden berkenaan.
Menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen tertanya-tanya apakah amalan dilakukan mangsa yang masih dilindungi Allah SWT walaupun kereta miliknya ‘hancur berkecai’.
Sebenarnya, wanita tersebut Nabila Mohamed juga tidak menyangka bahawa dirinya masih diberikan ‘peluang kedua’ apabila terselamat daripada nahas terbabit.
Kenyataan tersebut ditulis ketika membalas ucapan selamat daripada seorang kenalan yang mendoakan agar wanita berusia 31 tahun kembali pulih seperti biasa.
“Terima kasih. Saya macam tak percaya saya boleh selamat tengok pada kereta (remuk). Tuhan lindungi. Alhamdulillah syukur,” tulis Nabila.
Selain itu, sepupunya Mat Qem turut memuat naik beberapa keping gambar ketika menjenguk kereta mangsa di sebuah bengkel bagi mengambil barang berharga.
Alhamdulillah my friend @nabilamohamed15 the myvi driver is safe with minor injuries and now under supervision at KPJ Rawang. Please pray for her recovery 🥺 https://t.co/COb4pnJ5jU
— F A I T (@faitzaqira) April 23, 2021
Alhamdulillah, pemandu myvi @nabilamohamed15 selamat. Allah lindungi bella
Sangat2 kuasa Allah dia selamat tanpa cedera parah https://t.co/QUqJR5iBVP
— ✿ zєℓℓу ✿ (@zellyrezlly) April 24, 2021
Terdahulu, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar beberapa kenderaan. Namun, pemandu dan penumpang semua kenderaan dilaporkan terselamat.