Bunga Raya 15s sudah sedia rempuh Sri Lanka

Bunga Raya 15s sudah sedia rempuh Sri Lanka

KAPTEN skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15s) negara, Syarif Nurhidayat Muzhaimey, memuji peningkatan signifikan pemain muda dalam tiga sesi latihan terakhir menjelang pertembungan getir playoff Kejohanan Ragbi Asia (ARC) menentang juara Divisyen Satu, Sri Lanka, pada 19 April ini.

Malah, Syarif Nurhidayat berkata, sesi latihan intensiti tinggi berkenaan berjaya membentuk persefahaman yang positif dalam skuad.

“Alhamdulillah, pemain-pemain khasnya pemain muda banyak menunjukkan improvement terutama dalam membentuk kesefahaman sepanjang tiga sesi latihan, sesuatu yang positif buat skuad Bunga Raya,” ujarnya.

Syarif turut berharap semua pemain dapat menghindari kecederaan menjelang perlawanan menentang Sri Lanka.

Barisan 23 pemain Bunga Raya 15s bersama barisan kejurulatihan pasukan selepas majlis pengumuman pasukan.

Barisan 23 pemain Bunga Raya 15s bersama barisan kejurulatihan pasukan selepas majlis pengumuman pasukan.

“Paling penting, saya harap pemain-pemain dapat elak sebarang kecederaan menjelang perlawanan berdepan Sri Lanka,” katanya sebelum berlepas ke Sri Lanka pada Rabu.

Sementara itu, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang mempertaruhkan 23 kudrat pemain juga mendapat tonik khas apabila diperkuatkan tiga naturalisasi bagi memantapkan cabaran pasukan dalam aksi penentu untuk kekal dalam saingan Liga Premier ARC sejak 2018 atau turun bermain Liga Divisyen Satu 2025.

INFO

PLAYOFF KEJUARAAN RAGBI ASIA 2025

SENARAI PEMAIN-PEMAIN BUNGA RAYA 15S

PENGURUS PASUKAN:

MOHD AKMAL MOHD YUNOS

KETUA JURULATIH:

MOHD SAIZUL HAFIFI MD NOOR

JURULATIH FORWARD:

MOHD FAIZ MD ALI

JURULATIH BACKLINE:

KHAIRUL AZHAR SHA’ARANI

PEMAIN:

1. MOHAMMAD AZRI MOHD KAMAL ROSNAN

2. AMIRUL MUKMININ AMIZAN

3. AMIERUL HARITH MOHD HERIEZAL

4. MOHD SHOBREY AMOK

5. MUHAMMAD SAMEER MUHAMMAD SANI SURINDER

6. SYARIF NURHIDAYAT MUZHAIMEY (Kapten Pasukan)

7. SUHAIKAL SUHAIMI

8. ETONIA VAQA SAUKURU

9. MOHAMAD NASHARUDDIN ISMAIL

10. MUHAMAD AMIRUL AQIL KAMSOL

11. LUQMAN NUR HAKIM AHMAD TERMIZI

12. SAMUELA TAMANISAU

13. MUHAMMAD AFIFUDDIN MISRUJI

14. MOHAMMAD DAIM ZAINUDIN

15. LUQMAN HAKIM ABU HASSAN

16. MOHAMAD NABIL IKHWAN MOHAMAD NAZRI

17. MUHAMMAD AMIR ZAKWAN ZUNAIDI

18. MOHAMMAD DANISH HAIQAL SHAHIZAM

19. HARITH EL ISKANDAR SHAH MOHD SHUKRI

20. RYAN JAMES LONG

21. MOHAMAD KHAIRUL ABDILLAH RAMLI

22. MUHAMMAD AMEER NASRUN ZULKEFFLI

23. MOHAMMAD NAZREEN FITRI NASRUDIN

Scroll to Top