Perubahan ketara personaliti dan cara hidup Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman nyata mencuri perhatian netizen di media sosial.
Menurut laporan mStar, Leona kini dilihat semakin bijak menguruskan kehidupan harian secara berdikari selepas tiga tahun menyambung pengajian di University of Bath, United Kingdom.
Leona pandai masak, kemas rumah dan rajin mengaji?

Menerusi beberapa video yang dikongsi di TikTok, Leona bukan saja menunjukkan kebolehannya memasak pelbagai jenis juadah, malah turut menerima pujian daripada rakan-rakan kerana masakannya yang sedap!
Bukan itu saja, dia juga dilihat rajin mengemas rumah, mencuci tandas, vakum, dan membersihkan dapur. Pendek kata, semua dia buat sendiri!
Netizen terharu dan bangga

Netizen turut meluahkan rasa bangga melihat Leona semakin matang dan berubah ke arah yang lebih baik. Ada yang memuji kecantikan dan kebijaksanaannya, malah menyifatkan dia kini layak bergelar calon isteri idaman.
Bagusnya. Anak siapa ni? Cantik, bijak, pandai memasak, rajin mengemas, rajin solat, rajin mengaji. Memang mahal hantaran macam ini.
Dalam video tersebut, Leona turut menjelaskan bahawa semua perubahan itu berlaku secara semula jadi kerana dia tidak mempunyai pilihan lain selain menguruskan semuanya sendiri.
Ramai orang selalu komen cakap wow rajin sangat, adakah saya mempunyai pilihan lain? Kalau saya tidak bersihkan rumah sendiri, siapa yang akan buat? Saya tidak boleh kotor-kotor.