“RM1,500 Je, Bayar Ansuran” – Suami Shila Amzah Teruja Miliki Helmet Arai Ram3 Stella | Oh! Media

“RM1,500 Je, Bayar Ansuran” – Suami Shila Amzah Teruja Miliki Helmet Arai Ram3 Stella | Oh! Media

Siapa kata minat lelaki tak mahal? Pempengaruh terkenal, Ubai MZ meluahkan rasa teruja akhirnya berjaya memiliki helmet idamannya yang cukup ‘rare’ dan eksklusif iaitu Arai Ram3 Stella.

Dalam video ‘unboxing’ yang dimuat naik, suami kepada penyanyi Shila Amzah ini berkata, helmet itu sudah ditempah sejak sebelum Ramadan dan baru kini sampai ke tangannya.

Arai Ram3 Stella idaman Ubai akhirnya sampai

Barang yang dinanti-nantikan sudah selamat tiba, sebelum puasa kita order. Bayar ansur-ansur ini hari baru dapat. Ini dia, alhamdulilah dapat memiliki Arai made in Japan. Ini bawa Xmax, pakai helmet ni memang kena. Itu baru Xmax, kalau bawa RXZ lagi kena.

Ubai dengan penuh rasa teruja menggayakan helmet berwarna merah tersebut. Pergh handsome betul! Jelasnya, jika wanita menjadikan emas sebagai pelaburan, lelaki pula memilih untuk melabur wang membeli koleksi helmet yang ‘limited’.

Beritahu isteri harga RM1,500 je, bayar ansuran

shila amzah

Apa yang mencuri perhatian ramai, Ubai memaklumkan kepada isterinya bahawa helmet tersebut berharga RM1,500 je.

Tapi, netizen yang lebih ‘arif’ pasal helmet tampil menyangkal kenyataan itu dan mendakwa harga sebenar helmet tersebut boleh mencecah belasan ribu ringgit.

Pssttt! Kalau nak ‘cover line’ harga tu dekat pasangan, pandai-pandailah main ayat, tapi jangan sampai makan diri nanti!

Kredit: TikTok Ubai Sha
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top