am@hmetro.com.my
Johor Bahru : Pemandu kenderaan BMW yang dipercayai mabuk dan merempuh maut seorang penghantar makanan di Taman Desa Jaya, di sini akan didakwa di mahkamah, esok.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kertas siasatan berhubung kes tersebut telah disiapkan pihaknya.
“Kertas siasatan sudah dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya.
“Suspek akan dituduh esok pagi di Mahkamah Johor Bahru” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, maut selepas dirempuh sebuah BMW ketika sedang keluar untuk membantu mangsa kemalangan jam 2 pagi di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru berhampiran Taman Desa Jaya, di sini.
© New Straits Times Press (M) Bhd