Masih sayangkan isterinya, pelakon Azlan Komeng enggan untuk menceraikan Nur Nilam Ortis meskipun didesak untuk berbuat demikian.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Azlan berkata dia akan tetap sayangkan isterinya serta menyifatkan Nilam seorang yang sangat penting dalam hidupnya.
BACA: Isteri Dedah Azlan Komeng Bakal Kahwin Lain
@azlankomeng_official Mohon bertenang dan beri ruang harap semua dapat memahami apa yang sedang kami hadapi. #nilambidadariku #love #mywife #bidadariku #husbandwife
“Kepada isteri saya, saya harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk saya selesaikan apa yang perlu dibuat.
“Macam mana pun saya tetap dan akan terus sayangkan awak. Awak adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya. Insya-Allah saya akan bertanggungjawab dan melindungi awak semampu yang mungkin… akan ada jalan yang terbaik,” katanya.
Rabu lalu, Nilam hadir berseorang di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi menuntut fasakh dari Azlan.
Bulan lalu, Nilam mendakwa suaminya dalam perancangan untuk mengahwini wanita lain. Menerusi satu hantaran di TikTok, Nilam turut berkongsi situasi suaminya sedang bercakap telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya dan kerap bergaduh.