“Amber Heard Malaysia” – Bekas Rakan Kongsi Dakwa Zahnita Tak Dipukul, Petik Isu Suami Positif Dadah | Oh! Media

“Amber Heard Malaysia” – Bekas Rakan Kongsi Dakwa Zahnita Tak Dipukul, Petik Isu Suami Positif Dadah | Oh! Media

Belum reda dengan dakwaan pertama, bekas rakan kongsi Zahnita Wilson, iaitu Nur Hanisah muncul dengan siri sambungan IG Story yang lebih panjang dan padat.

Kali ini, beliau tampil menjelaskan sebab sebenar kenapa dia memilih untuk bersuara selepas sekian lama berdiam diri.

BACA: “Kisah Dongeng Disajikan Adalah Tidak Benar” – Bekas Rakan Kongsi Bongkar Perangai Sebenar Zahnita Wilson?

Katanya, dia tahu tindakannya akan mengundang kecaman ramai, tapi dia tetap nekad demi membersihkan nama anak sulung Zahnita dan membetulkan fakta yang selama ini dipercayai oleh ramai orang.

Bukan kena tumbuk, tapi dihempuk mainan anak sendiri?

zahnita

Dalam dakwaan terbarunya, Neysa tampil menafikan dakwaan Zahnita pernah dipukul suaminya. Katanya, kecederaan pada mata Zahnita sebenarnya berpunca daripada insiden anak bongsu ‘terhempuk’ mainan ketikanya sedang tidur secara tidak sengaja.

Bukan itu saja, dia turut membidas dakwaan kononnya dirinya sibuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

“Dia cakap sekejap A, sekejap B, sekejap sedar, sekejap lupa…”

zahnita

Neysa mendakwa Zahnita sering bercerita tentang pelbagai perkara yang saling bercanggah dan sukar difahami.

Malah, dia sendiri pernah ‘cair’ dengan cerita penderaan rumah tangga sebelum mengetahui kebenaran sebenar yang jauh berbeza.

zahnita

Dia juga menafikan pernah dipengaruhi oleh suami Zahnita untuk memburukkan wanita itu. Malah, katanya si suami tidak pernah sekali pun datang padanya untuk bercakap buruk tentang isterinya.

Neysa turut mendedahkan yang suami Zahnita mengalami kerugian besar kerana telah membelanjakan beratus ribu untuk Zahnita tetapi hasilnya tidak ke mana.

zahnita

Macam mana suami positif dadah?

Dalam satu lagi dakwaan mengejutkan, Neysa berkongsi dari sisi suami Zahnita yang mendakwa dirinya disabotaj melalui makanan hingga menjadi positif dadah.

zahnita wilson

Dia juga berpendapat sudah tiba masa untuk anak-anak dijaga oleh si bapa memandangkan hidup mereka akan lebih teratur dan selamat bersama lelaki itu.

zahnita wilson
zahnita

Akhir sekali, Neysa berjanji akan menyerahkan segala bukti yang ada termasuk gambar dan maklumat berkaitan insiden yang membabitkan anak-anak pasangan itu.

Setakat ini, tiada respon balas yang dibuat Zahnita berkenaan dakwaan mengejutkan ini. Apa-apa pun kita dengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum menghukum ya.

Kredit: Instagram Nur Hanisah
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top