
Angka korban akibat bumbung di sebuah kelab malam runtuh di Santo Domingo, Republik Dominican meningkat kepada 184 orang.
PANAMA CITY – Angka korban akibat bumbung di sebuah kelab malam runtuh di Santo Domingo, Republik Dominican meningkat kepada 184 orang setakat Rabu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa negara itu.
Usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan, namun tiada mangsa baharu ditemukan sejak petang Selasa, kata Pengarah Pusat Operasi Kecemasan, Juan Manuel Mendez.
Antara yang disahkan terkorban termasuk Gabenor wilayah Monte Cristi, Nelsy Milagros Cruz, menurut pihak berkuasa tempatan.
Susulan insiden itu, Presiden Republik Dominican, Luis Abinader mengisytiharkan tiga hari berkabung bermula 8 April sebagai tanda penghormatan kepada mangsa tragedi.
Perkhidmatan kecemasan turut mengaktifkan talian bantuan khas bagi membolehkan ahli keluarga mendapatkan maklumat mengenai mangsa yang cedera mahupun masih hilang.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – Bernama