Azar Azmi Dedah Sebab Lama Menghilang Kepada Jurusolek Terkenal Ketika Berjumpa! | Oh! Media

Azar Azmi Dedah Sebab Lama Menghilang Kepada Jurusolek Terkenal Ketika Berjumpa! | Oh! Media

Seorang jurusolek terkenal, Elle Rahman mencuri perhatian warganet apabila berkongsi detik pertemuannya secara tidak sengaja dengan pelakon Azar Azmi yang sekian lama menyepi dari dunia seni.

Menerusi Tiktok, Elle berkata pertemuan itu berlaku ketika dia sedang bercuti dan bersantai di tepi kolam renang. 

Katanya, dia hampir tidak cam pelakon tersebut sehinggalah mereka berbalas pandangan dan… “Menjerit saya, rupa-rupanya Azar Azmi!”

Momen penuh emosi, hampir menangis cerita kisah hidup

Elle menyifatkan pertemuan tersebut sebagai satu momen penuh emosi apabila mereka saling bertukar cerita sehingga hampir mengalirkan air mata.

Dia cerita kenapa dia hilangkan diri. Hampir kita orang menangis. Terima kasih Azar cerita semua dekat saya. Awak percayakan saya.

Gosip tak benar, Azar Azmi sihat dan okey je!

Dalam perkongsian lain, Elle turut mendedahkan bahawa semua khabar angin tentang Azar adalah tidak benar dan menegaskan Azar sebenarnya sihat serta dalam keadaan baik.

Buat peminat-peminat Azar, jangan risau. Dia sihat. Fasal gosip-gosip tentang dia, semuanya tak betul.

Elle turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Azar untuk berkongsi kisah peribadinya secara eksklusif.

#ApaKataOhmedia

Kadang-kadang, orang yang diam bukan bermakna hilang, mereka cuma perlukan ruang. Jangan mudah percaya pada gosip, dan hargailah kawan yang setia mendengar.


Scroll to Top