Anthony Loke Pelik Lihat Pihak Kecam Usaha Derma

Anthony Loke Pelik Lihat Pihak Kecam Usaha Derma

Inisiatif DAP yang melancarkan tabung derma khas untuk mangsa kebakaran gas baru-baru ini, mendapat kecaman daripada segelintir pihak yang mempertikaikan tindakan mengutip derma oleh parti dalam kerajaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tampil memberikan penjelasan bahawa kutipan ini dibuat atas permintaan orang ramai yang ingin menyumbang namun tidak tahu bagaimana caranya.

Orang itu tiada akal, ini bencana dan orang hendak bantu pun hendak kecam. Lebih baik kalau dia ada masa, fikir lebih baik bagaimana hendak bantu mangsa.- Katanya.

Menurut Anthony, tidak semua mampu menyumbang dalam jumlah besar seperti syarikat korporat, jadi platform kutipan ini diwujudkan untuk memudahkan orang awam yang ingin menyumbang walaupun hanya RM5 atau RM10.

Ada orang mungkin nak bantu, tapi cuma mampu beri sikit. Takkan nak datang jumpa satu-satu bagi tangan? Jadi kita mudahkan dengan buka platform rasmi.- Jelas beliau lagi.

Setakat semalam, jumlah kutipan sudah mencecah lebih RM107,000 dan akan terus berjalan sehingga 9 April. Wang kutipan akan diagihkan mengikut kategori kerugian yang dialami oleh mangsa kebakaran.

Anthony minta mereka yang tak mahu membantu untuk duduk diam-diam…

Anthony juga menegaskan bahawa lebih baik masyarakat berganding bahu membantu daripada terus menghukum atau menabur fitnah.

Dosa besar kecam orang yang hendak bantu bencana. Kalau tak nak bantu, duduk diam-diam.- Tegasnya.

Dalam majlis sama, beberapa syarikat korporat turut tampil menghulurkan bantuan antaranya Matrix Concept Holdings Berhad yang menyerahkan wang tunai RM3,000 kepada 100 mangsa, dan Carsome yang menyediakan 20 kereta sementara bagi kegunaan mangsa selama sebulan.

Turut hadir ialah Pengerusi Berjaya Cares Foundation, Tan Sri Vincent Tan dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.

#ApaKataOhmedia

Menghulurkan bantuan bukan hanya tentang jumlah yang diberi, tapi keikhlasan dan kepedulian terhadap nasib orang lain.

Dalam situasi bencana, seharusnya kita bersatu, bukan mencari salah. Jangan sesekali memperlekeh niat murni orang lain, sebaliknya galakkan semangat saling membantu yang menjadi teras perpaduan rakyat Malaysia.


Scroll to Top