Kejelitaan anak ketiga kepada usahawan terkenal, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM iaitu Rania semakin menjadi tumpuan ramai.
Menerusi sebuah video di TikTok memaparkan Rania sedang membuat trend velocity berpenampilan bersahaja dengan memakai tshirt berwarna hitam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Rania persis seperti aktres Indonesia, Ninha Fitria iaitu pelakon dalam filem seram Putri Khemah Terlarang.
Ramai juga dalam kalangan mereka yang mengatakan penampilan gaya rambut baru Rania sesuai dengan wajahnya.
@bebirania_ day 2💞