Tak ada duit beli juadah berbuka

Tak ada duit beli juadah berbuka

mohdridzuan@hmetro.com.my

Bukan mudah menyambut puasa diperantauan dan berjauhan dengan keluarga. Tambah lagi ia adalah pengalaman pertama ditempuhi.

Pengalaman itu dilalui oleh seorang penyanyi Exists, Ezad Lazim ketika mula-mula merantau ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai penyanyi Exists pada 1995.

Sebagai anak kampung, sudah tentulah keseronokan bersahur dan berpuasa dengan keluarga di Alor Setar, Kedah sukar dilupakan dan kekal terpahat di ingatan.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ezad ketika berpuasa?

Pertama kali berpuasa di Kuala Lumpur dan berjauhan dengan keluarga. Masa itu saya baru berusia 17 tahun. Agak sukar dan terasa sedih sangat kerana tak ada duit untuk beli juadah berbuka.

Pada usia berapa mula berpuasa penuh?

Mencecah 10 tahun baru saya belajar berpuasa penuh. Sebelum itu saya tak fokus dan berpuasa separuh hari.

Apakah juadah wajib yang mesti ada di meja berbuka?

Kena ada nasi. Itu dah mencukupi.

Bazar Ramadan kegemaran dan mengapa?

Saya jarang ke Bazar Ramadan kerana lebih suka isteri yang memasak.

Memori ketika bersahur ketika kanak-kanak?

Makan sambil mata terpejam sebab mengantuk.

Apakah cabaran terbesar ketika berpuasa?

Cabarannya ialah menahan diri dari mengata atau bercakap perkara yang sia-sia.

Makanan yang cuba dielakkan sepanjang Ramadan?

Makanan manis dan bergula.

Bagaimana Ramadan kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya?

Ramadan kali ini lebih tenang kerana dapat banyak masa bertarawih dan berjemaah di surau.

Apakah perubahan positif yang diharap dapat diteruskan selepas Ramadan?

Moga selepas Ramadan dapat kekalkan momentum bersembahyang berjemaah di surau atau masjid.

Apakah kenangan paling berharga ketika solat tarawih?

Dapat lebih menghayati erti Ramadan dengan lebih mendalam.

Berapa rakaat biasanya anda lakukan ketika solat tarawih?

Lapan rakaat berserta tiga witir.

Apa petua kesihatan diamalkan sepanjang Ramadan?

Jangan makan terlalu kenyang, elakkan makanan atau minuman yang manis.

Lebih suka berbuka puasa di rumah, gerai atau secara berbufet?

Di rumah kerana itulah tempat yang paling selesa.

Sajian paling disukai ketika bersahur?

Nasi dan telur goreng kicap.

Sudah buat persiapan raya atau belum?

Masih belum sepenuhnya. Insya-Allah dalam masa terdekat ini dah boleh fikir untuk persiapan. Saya hanya bersederhana dalam menyediakan kelengkapan Aidilfitri untuk keluarga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top