Diana Danielle Okay Sambut Raya Sendirian

Diana Danielle Okay Sambut Raya Sendirian

Hari raya tahun ini berbeza apabila sekali lagi bergelar ibu tunggal, pelakon Diana Danielle berkata syawal tahun ini tetap ceria meskipun kedua-dua anaknya bersama bersama bekas suami, Farid Kamil di Kedah.

Memetik BH Online, Diana meskipun rumah tangga yang dibina selama 13 tahun sudah pun berakhir namun dia akan menjalani kehidupan dengan baik dan apa yang penting anak-anak mereka gembira.

BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Buat Kali Kedua

“Jujurnya, saya macam tiada perasaan.. Minta maaflah, saya tiada hendak menangis di bucu katil atau termimpi-mimpi, tiada. Saya hanya bersyukur, Alhamdulillah anak-anak sihat dan dia (Farid) sihat.

“Apa yang penting, apabila dia gembira, anak-anak saya gembira dan saya pun gembira. Walau apa pun, kami ada pertalian dan sehingga akhir hayat kami akan tetap bertalian.

“Jadi, saya harap Hari Raya akan baik-baik sahaja sebab dia akan bawa anak-anak pulang ke Kedah. Kali ini, giliran mereka ke Kedah dan saya tidak sedih,” katanya.

Sementara itu, Diana bersyukur kedua-dua anaknya, Muhammad dan Aurora memahami apa yang berlaku pada ibu bapa mereka dan tidak persoalkan perkara berkenaan.

“Anak-anak saya sudah berusia 10 dan 12 tahun. Mereka faham apa yang berlaku dan mereka tiada isu dengan semua ini. Mereka tidak persoal mengapa tidak macam ini dan sebagainya. Tiada tekanan di rumah dan tiada apa yang membuatkan kami ada tekanan,” katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata dia tiada masalah sambut raya tanpa anak-anak kerana ada ahli keluarga dan kenalan bersamanya, serta peluang buatnya untuk berehat.

“Inilah masa saya boleh fokus pada diri saya, jumpa saudara mara yang mungkin sudah lama saya tak jumpa, jumpa kawan-kawan dan sebagainya,” katanya.

SUMBER: BH Online


Scroll to Top